BURGER OTAI



Aku rasa burger paling sedap yang pernah ku rasai ialah Burger OTAi yang pernah ku beli secara tak sengaja kat kawasan Damansara. Aku beli Burger Ayam mase tuh dengan harga RM2.80. Agak mahal jugaklah kalau dibandingkan dengan burger yang aku beli kat Pasar Malam Sentul semalam dengan harga RM1.50. Jenis-jenis burger OTAi yang ade boleh rujuk kat gambar di bawah.


Tapi apa yang membezakannya?

Burger OTAi lebih ranggup! Wakakaka.. dan saiz die lebih besar dari biasa. Sampai sekarang aku kenyang dan dok kenang2. Rasa nak beli lagi la. Dang! Esok ku WAJIB pergi lagi. Hoho. Nak try Burger Spesel plak.

Seletah ku belajar dengan Google berkenaan Burger OTAi.. maklumat ini yang ku jumpa.

Yang membuatku kagum... sila baca seterusnya.. Ku amik maklumat dari laman web die kat www.otai.com.my

Pengasas perniagaan Burger OTAi.


Hah! Inilah Suhaimi Abas. Pengasas kepada burger yang mahal tapi sedap ini. Hoho. Dia telah dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Rmis, Perak. Masih muda lagi neh. Ketika berumur 17 tahun, selepas peperiksaan SPM beliau telah berhijrah ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudara beliau berniaga.

3 tahun selepas itu die mulakan perniagaan bersama kawan tapi menemui kegagalan setelah 2 tahun. Lumrah perniagaan camtuh ar. Ade risikonya. Selepas itu barulah die memulakan perniagaan menjual BURGER. Jenama OTAI ditubuhkan beberapa tahun selepas itu.

Timba ilmu dulu baru buat jenama.

OTAI membawa maksud 'Organisasi Tempat Ambil Ilmu'. Hmm, agak pelik nama perniagaan die tapi layankan jer la. ehehe. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar keadah dan teknik yang betul tentang perniagaan burger yang telah terbukti keberkesannya.

OTAI Franchise Sdh Bhd telah dibangunkan oleh beliau sebagai 'Pusat Setempat' yang menyediakan semua keperluan perniagaan burger di bawah satu bumbung yang merangkumi 

-Pusat Latihan Usahawan Otai
-Membuat dan membekal Kiosk serta peralatan memasak burger


*semua KIOSK OTAi mempunyai rekabentuk yang sama.. Standard ar tuh...

-Membekal dan mengedar barangan burger
-Menguruskan lokasi serta lesen perniagaan
-Pengurusan modal perniagaan (MARA, TEKUN, PNS, PUNB dan SME Bank)
-Kawalan mutu dan servis berterusan

Senarai Pakej yang ditawarakan FRANCHISE OTAi *

Classic - RM 20, 000.00 (RM 550.00/bulan)

Bronze - RM 40, 000.00 (RM 1,100.00/bulan)

Silver - RM 60, 000.00 (RM 1,650.00/bulan)

Gold - RM 80, 000.00 (RM 2,200.00/bulan)

Platinum - RM 100, 000.00 (RM 2,750.00/bulan)

Suka slogan kata encik Suhaimi. Hehee..

"Kejayaan aku bukan berapa banyak duit yang aku ada, tapi BERAPA RAMAI USAHAWAN AKU LAHIRKAN" Mie OTAi

Sila ke laman web mereka jika berminat untuk membuka perniagaan ini.

Klip ini plak adalah bonus.. cara diorg buat burger.. ahahahaha..

No comments:

Post a Comment