Pelengkap tawaran VW




CARCOSA SRI NEGARA pada petang Ahad minggu lalu cukup meriah. Sekali pandang seperti hari keluarga. Banyak betul aktivitinya. Makan-makan, sesi fotografi, permainan video, sudut mewarna, sesi bercerita, kereta kawalan jauh, urut, malah merias kuku pun ada. Bagi kanak-kanak, pastinya kaunter gula kapas dan bertih jagung menjadi sasaran utama. Semua nampak relaks menghabiskan masa selama beberapa jam di sana.
Nampaknya, tema dan suasana aktiviti santai bersama keluarga sebegitu memang kena dengan pelancaran model terbaharu daripada Volkswagen Group Malaysia (VGM).
Ciri terbaik VW
Dikenali sebagai Sharan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sudah memasuki generasi kedua. Ia menjadi tawaran terbaharu VGM kepada pengguna Malaysia yang dilihat kian selesa dengan jenama dari Jerman itu selepas model-model seperti Polo, Golf, Jetta, Cross Touran, Passat, Passat CC, Tiguan dan Touareg.
Volkswagen (VW) mula mengeluarkan Sharan pada tahun 1995, sebagai respons kepada pasaran yang gemarkan MPV bersaiz besar, tetapi mampu menawarkan pemanduan seperti sebuah kereta.
Ketika itu, Sharan dibangunkan bersama Ford menerusi model Ford Galaxy sebelum VW melakukan rebadged model sama menggunakan jenama SEAT yang kemudian diberi nama Alhambra. Pada tahun 2006, Ford tampil dengan Galaxy baharu yang tiada kena mengena dengan Sharan, selain model MPV S-Max yang dibina di atas kerangka sedan Mondeo.
Selepas 15 tahun, biarpun cuma mengalami proses penambahbaikan (facelift) sebanyak dua kali, Sharan nyata diterima baik terutama di pasaran Eropah apabila lebih 600,000 unit berjaya dijual.

BUKAAN pintu yang luas untuk memudahkan proses keluar masuk kenderaan.


Di Malaysia yang kenderaan import sepenuhnya (CBU) memang mahal, VGM memposisikan Sharan sebagai sebuah MPV premium. Ini bukan dakwaan semata-mata kerana Sharan hadir bersama pelbagai ciri yang membuatkannya lebih mewah berbanding MPV sekelas dengannya.
Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay menyifatkan Sharan sebagai sebuah MPV yang unik. Sharan memiliki semua inovasi terbaik Volkswagen. Nilai tambahnya juga terletak pada rekabentuk menarik, ciri-ciri termaju dan sistem keselamatan. Di samping teknologi termasyur Volkswagen, enjin TSI turbocharged dan kotak gear berkembar Direct Shift Gearbox (DSG).
“Jadi, selain bersifat versatil untuk membawa seisi keluarga, MPV ini juga menawarkan pemanduan sporty,” kata Ricky.
Berdasarkan kepada penampilan luaran, rekaan Sharan terbaharu itu nyata lebih menarik. Ia merupakan hasil tangan Ketua Perekabentuk Kumpulan VW, Walter de Silva dan Ketua Perekabentuk Jenama VW, Klaus Bischoff yang berpaksikan kepada DNA rekabentuk VW baharu.
Walaupun sekali pandang ia tetap berkotak seperti MPV lain, Sharan sebenarnya memiliki garis sisi yang kemas. Rekaan ringkas sebegitu bertujuan mencipta keseimbangan dan kelihatan energetik.
Rekaan itu tidak mengujakan saya. Namun kalau diikutkan, pembeli kenderaan sebegini tidak meletakkan rekaan sebagai kriteria terpenting untuk membelinya. Mereka lebih berminat kepada ruang dalaman luas, banyak ruang penyimpanan barang, tahan lasak dan menawarkan pengendalian yang stabil.
MPV itu tidak menggunakan teknik bukaan pintu konvensional. Ia sebaliknya diganti dengan pintu gelongsor yang boleh dikawal secara elektrik dengan hanya menekan butang pada rantai kunci. Satu ciri yang bagus jika anda terpaksa memakir di ruang sempit.
Satu lagi perkara yang semestinya disukai ramai ialah sistem bantuan ketika memakir kenderaan. Dikenali sebagai Park Assist 2.0, ia sangat berguna jika hendak memakir sama ada secara sejajar atau mengundur. Sistem itu dipertingkat lagi menerusi Park Distance Control (PDC) dan paparan kamera belakang.
Sebenarnya, inilah kali pertama Park Assist 2.0 dipasang pada kenderaan VW. Jadi, kalau dengan Park Assist 2.0 pun kereta boleh kemek, mungkin ada baiknya beli Perodua Viva sahaja.
Sesuai dengan statusnya sebagai MPV mewah, tempat duduk Sharan yang boleh menempatkan tujuh orang penumpang dewasa dengan selesa (termasuk tempat duduk baris ketiga) itu dibalut dengan kulit ‘Vienna’.

ANDA boleh mengharapkan kualiti pemanduan yang responsif menerusi padanan enjin TSI 2.0 liter dan kotak gear DSG enam kelajuan automatik.


Kalau hendak mengangkat barang besar dan mahukan ruang kargo luas, lipat sahaja tempat duduk baris kedua dan ketiga. Operasinya juga mudah dengan hanya menarik satu tuil. Sekelip mata, ruang itu menjadi seluas 2,430 liter.
Tech Package
Papan pemuka yang berwarna hitam itu diserikan dengan kemasan berwarna perak titanium pada bingkai corong pendingin hawa, sistem audio dan butang kawalan. Sistem audio RNS510 dengan skrin sentuh pula diintegrasi bersama sistem navigasi yang turut boleh membaca fail daripada sumber kad SD.
Sementara pacuan DVD memiliki kapasiti simpanan fail mencecah 30GB. Maklumat navigasi dan audio dipapar menerusi paparan TFT. Sistem sama dipertingkat menerusi peranti antara muka MEDIA-IN bersama satu kabel adapter USB dan opsyen AUX-IN.
Bagi memudahkan pemanduan, Sharan dibekalkan dengan stereng multi fungsi dengan butang kawalan. Pemandu juga kekal berhubung dengan kenderaan melalui paparan multi fungsi ‘Plus’ yang diletakkan pada bahagian meter .
Jika di pasaran lain, misalnya United Kingdom Sharan ditawarkan sehingga 14 varian yang dibezakan menerusi pilihan enjin dan aksesori, VGM sebaliknya hanya menawarkan dua varian Sharan untuk pengguna Malaysia. Varian itu dibezakan oleh pakej teknologi atau Tech Package.
Pakej tersebut merangkumi Adaptive Chassis control (DCC), sistem bunyi premium DYNAUDIO dengan lapan pembesar suara berkuasa 800 watt, sistem kunci ‘Keyless Access’, sistem penghidup serta sistem amaran ‘Lane Assist’.

PINTU gelongsor pada kedua-dua belah sisi yang bergaya dan praktikal.


Biarpun begitu, kedua-dua varian itu menerima aspek mekanikal yang sama. Sharan dipacu menggunakan enjin bersesaran 2.0 liter TSI turbocharged. Enjin dengan sistem pancitan terus yang turut digunakan oleh model Golf GTI itu mampu menjana kuasa sehingga 200PS @ 5,100rpm dan tork puncak 280Nm yang boleh diperoleh pada putaran enjin serendah 1,700rpm hingga 5,000rpm.
Enjin bercekapan tinggi itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan DSG. Ia bukan sekadar menawarkan pemanduan yang lancar, malah penjimatan penggunaan bahan api dengan catatan 8,5 liter untuk setiap 100 kilometer.
Jadi, jika anda merancang untuk membeli sebuah MPV bersaiz penuh yang mewah, ada baiknya singgah sebentar ke mana-mana bilik pameran VW. Anda mungkin berkenan dengan Sharan

Nikky Tak Pakai Bra


Nikky, artis naungan Ning Baizura posing maut semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Tak pasti samada Nikky lupa nak pakai ataupun memang disengajakan. Nikky saja yang tahu.

Memori Sudirman Tetap Di Hati Walau 20 Tahun Pergi



Sudirman Hj Arshad
Semalam bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.
Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.
Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.
Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.
Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.
Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.
Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.
Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.
Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.
Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.
"Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah. Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali" ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.
Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.
Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.
Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.
Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.
Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sudirman sewaktu membuat persembahan pada satu ketika dulu.
Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.
EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Initerbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.
Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.
Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.
Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysiaciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.
Gegarkan Chow Kit
Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.
Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.
Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.
Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.
One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.
Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.
Runtuhnya Istana Cinta
Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.
Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.
Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.
Bukan Kerana HIV

Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.
Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.
Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.
Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.
Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.
Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.
Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.
Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.
Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

PERATURAN MAKAN YANG SALAH

peraturan makan yang salah


peraturan makan  yang salah - selain daripada garam,ada juga ahli-ahli perubatan yang berpendapat bahawa punca terjadinya barah itu ialah keranaperaturan makan yang salah atau faulty diet.dalam hal ini hasil penyelidikan yang dilakukan oleh dr.forbtes ross amatlah berguna sekali dalam menyingkap punca penyakit ini.
dr.forbes ross berkata dalam bukunya : bilamana saya menanyakan tentang bahan-bahan makanan yang dimakan oleh pesakit-pesakit saya yang menderita penyakit barah itu,saya dapati kesemua mereka itu makan jenis makanan yang  terdiri daripada daging dalam tin,sayur-sayuran yang dimasak dengan menggunakan kuasa panas yang tinggi,roti putih,kuih-muih yang dibuat dari gandum atau tepung putih dan buah-buahan yang sudah dimaniskan.
buah-buahan baru dan segar serta ulam-ulam sayuran jarang sekali merupakan bahan makanannya sehari-hari.
disebabkan faktor inilah maka doktor yang terkenal itu menyimpulkan pendapatnya bahawa peraturan makanan yang salah serta kejahilan tentang apa sebenarnya yang dikatakan makanan yang sihat lagi seimbang itulah yang menjadi punca terjadinya penyakit ini.lebih-lebih lagi makanan yang banyak mengandungi daging.

peraturan makan  yang salah

daging mentah mengandungi banyak zat garam di samping zat kalorin dan posforan.tetapi setelah dimasak zat kalorin dan posforan itu akan menyejat lalu tinggalkan zat garam atau sodium sahaja.
bagaimanapun pendapat antara dua doktor ini tidaklah berjauhan sangat jesteru dari kedua-duanya nampak pertalian antara makan garam yang berlebih-lebihan dengan peraturan makan yang salah.
beberapa orang tokoh kedoktoran lagi selain dari dr.forbes ross,dr.ellis barker dan dr.kuhne serta ramai lagi telah juga membuktikan bahawa terjadinya penyakit barah itu bukanlah kerana makan satu jenis makanan sahaja tetapi kerana kekurangan makanan-makanan asli yang kaya dengan zat-zat vitamin dan galian.selain dari garam dan peraturan makanan yang salah,kebimbangan dalam hidup juga merupakan satu sebab lagi yang memungkin timbulnya barah.seorang yang kerap bimbang dan takut dengan mudahnya boleh diserang  oleh penyakit ini.
peraturan makan yang salah

peraturan makan  yang salah

peraturan makan  yang salah - menurut dr.forbes ross,jika seseorang itu selalu sahaja berasa bimbang maka keadaan fikirannya itu akan menghapuskan galian posfat dalam otak dan sarafnya,sedang galian itu amatlah penting sekali bagi mencegah penyakit barah,apatah lagi katanya jika seseorang itu suka makan banyak garam dari dagin,maka kemungkinan mendapat penyakit itu amatlah besar sekali.

Aksi Berani Julie Woon Di Dalam Edisi Terbaru MEN’S HEALTH Cetuskan Kontroversi


Kalau dahulu ketika si seksiZarina Anjoulie beraksi berani untuk FHM Indonesia dan peminat hiburan di Malaysia melatah, kami faham akan sensitiviti itu.
Kali ini, pelakon juga pengacaraJulie Woon telah menjadi bahan perbualan di’beberapa forum hiburan tempatan kerana aksi beliau dalam majalah terbaru.
Beberapa foto (album) yang telah di’rakam oleh salah seorang agen gossipmenunjukkan Julie Woondengan hanya memakai pakaian dalam wanita beraksi ghairah di’samping seorang model lelaki.
Perkara ini sebenarnya bukan baru buat Julie Woon kerana beliau beberapa kali sebelum ini muncul dalam majalah lelaki dengan berpakaian dan beraksi seksi sebegini. Cuma, mungkin nama Julie Woon agak sinonim dengan komuniti Melayu menimbulkan kontroversi. 
Di’atas merupakan salah sekeping hasil sessi fotografi MEN’S HEALTH bersama Julie Woon yang sibuk di’perkatakan. Lebih banyak lagi terima kasih kepada si empunya nama FussyPussy dari Forum Cari di’sini.
Jadi, apa pendapat anda? Terlalu seksi atau satu standard buat Julie Woon?

Misha bertunang semalam, kahwin akhir tahun





KOTA BHARU - Penyanyi Misha Omar selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Firos Ezzwan Rossly, 30, di kediaman keluarganya di Buchil Bayam, di sini semalam.

Majlis pertunangan disempurnakan oleh bakal ibu mertuanya, Asmah Kenin dengan menyarung cincin di jari manis Misha atau nama sebenarnya, Samihah@Aisah Omar, 30.
"Alhamdulillah, akhirnya kami telah masuk ke satu fasa baharu dalam hubungan kami.
"Saya harap agar semua pihak mendoakan ikatan kami ini berpanjangan ke jenjang pelamin," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta serta Adam dan Hawa itu.
Beliau memilih Firos kerana bakal suaminya itu menepati segala ciri lelaki impiannya selain rapat dengan anak angkatnya, Muhammad Adam Emir.
Misha memberitahu, kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan majlis perkahwinan akhir tahun ini.
"Tarikh sebenar belum diputuskan tetapi mungkin selepas Aidilfitri nanti," katanya yang mengenali Firos lima tahun lalu.

Winnie Kok Jadi Model Baju Dalam






Mendapat jolokan Siti Nurhaliza nombor dua di Indonesia merupakan satu pencapaian terbaik bagi penyanyi berbangsa Cina iaitu Winnie Kok.

Lagipun, bukan mudah hendak mendapat gelaran sebegitu.
Paling tidakpun, ramai juga penyanyi tempatan dicop sebagai klon Datuk Siti Nurhaliza Taruddin seperti Elly Mazlein, Intan Sarafina, Syura dan Liza Hanim.
Itupun pada awal kemunculan penyanyi yang Murai Batu sebutkan tadi. Tapi sekarang tidak ada lagi.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu ada segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.
Murai Batu sendiri agak terbeliak biji mata, selepas menyaksikan sendiri foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja. Benarkah ini Winnie Kok?
Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.
Ia sedikit sebanyak telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.
Apa sekalipun, Murai Batu merasakan mungkin ada sebab Winnie mengambil peluang menjadi duta produk berkenaan.
Kerana apa yang penting, Winnie tidak sewenang -wenangnya mengambil gambar bogel hanya nak melepaskan nafsu. Seperti mana yang berlaku pada setengah selebriti tempatan.
Yang penting, kita tunggulah nanti jawapan dari Winnie tentang gambarnya itu. Siapa tahu ada rahsia yang kita tak tahu selama ini.