Showing posts with label GOSSIP DAN HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label GOSSIP DAN HIBURAN. Show all posts

Nikky Tak Pakai Bra


Nikky, artis naungan Ning Baizura posing maut semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Tak pasti samada Nikky lupa nak pakai ataupun memang disengajakan. Nikky saja yang tahu.

Memori Sudirman Tetap Di Hati Walau 20 Tahun Pergi



Sudirman Hj Arshad
Semalam bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.
Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.
Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.
Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.
Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.
Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.
Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.
Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.
Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.
Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.
"Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah. Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali" ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.
Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.
Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.
Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.
Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.
Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sudirman sewaktu membuat persembahan pada satu ketika dulu.
Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.
EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Initerbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.
Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.
Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.
Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysiaciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.
Gegarkan Chow Kit
Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.
Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.
Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.
Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.
One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.
Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.
Runtuhnya Istana Cinta
Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.
Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.
Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.
Bukan Kerana HIV

Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.
Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.
Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.
Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.
Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.
Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.
Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.
Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.
Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Aksi Berani Julie Woon Di Dalam Edisi Terbaru MEN’S HEALTH Cetuskan Kontroversi


Kalau dahulu ketika si seksiZarina Anjoulie beraksi berani untuk FHM Indonesia dan peminat hiburan di Malaysia melatah, kami faham akan sensitiviti itu.
Kali ini, pelakon juga pengacaraJulie Woon telah menjadi bahan perbualan di’beberapa forum hiburan tempatan kerana aksi beliau dalam majalah terbaru.
Beberapa foto (album) yang telah di’rakam oleh salah seorang agen gossipmenunjukkan Julie Woondengan hanya memakai pakaian dalam wanita beraksi ghairah di’samping seorang model lelaki.
Perkara ini sebenarnya bukan baru buat Julie Woon kerana beliau beberapa kali sebelum ini muncul dalam majalah lelaki dengan berpakaian dan beraksi seksi sebegini. Cuma, mungkin nama Julie Woon agak sinonim dengan komuniti Melayu menimbulkan kontroversi. 
Di’atas merupakan salah sekeping hasil sessi fotografi MEN’S HEALTH bersama Julie Woon yang sibuk di’perkatakan. Lebih banyak lagi terima kasih kepada si empunya nama FussyPussy dari Forum Cari di’sini.
Jadi, apa pendapat anda? Terlalu seksi atau satu standard buat Julie Woon?

Misha bertunang semalam, kahwin akhir tahun





KOTA BHARU - Penyanyi Misha Omar selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Firos Ezzwan Rossly, 30, di kediaman keluarganya di Buchil Bayam, di sini semalam.

Majlis pertunangan disempurnakan oleh bakal ibu mertuanya, Asmah Kenin dengan menyarung cincin di jari manis Misha atau nama sebenarnya, Samihah@Aisah Omar, 30.
"Alhamdulillah, akhirnya kami telah masuk ke satu fasa baharu dalam hubungan kami.
"Saya harap agar semua pihak mendoakan ikatan kami ini berpanjangan ke jenjang pelamin," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta serta Adam dan Hawa itu.
Beliau memilih Firos kerana bakal suaminya itu menepati segala ciri lelaki impiannya selain rapat dengan anak angkatnya, Muhammad Adam Emir.
Misha memberitahu, kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan majlis perkahwinan akhir tahun ini.
"Tarikh sebenar belum diputuskan tetapi mungkin selepas Aidilfitri nanti," katanya yang mengenali Firos lima tahun lalu.

Winnie Kok Jadi Model Baju Dalam






Mendapat jolokan Siti Nurhaliza nombor dua di Indonesia merupakan satu pencapaian terbaik bagi penyanyi berbangsa Cina iaitu Winnie Kok.

Lagipun, bukan mudah hendak mendapat gelaran sebegitu.
Paling tidakpun, ramai juga penyanyi tempatan dicop sebagai klon Datuk Siti Nurhaliza Taruddin seperti Elly Mazlein, Intan Sarafina, Syura dan Liza Hanim.
Itupun pada awal kemunculan penyanyi yang Murai Batu sebutkan tadi. Tapi sekarang tidak ada lagi.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu ada segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.
Murai Batu sendiri agak terbeliak biji mata, selepas menyaksikan sendiri foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja. Benarkah ini Winnie Kok?
Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.
Ia sedikit sebanyak telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.
Apa sekalipun, Murai Batu merasakan mungkin ada sebab Winnie mengambil peluang menjadi duta produk berkenaan.
Kerana apa yang penting, Winnie tidak sewenang -wenangnya mengambil gambar bogel hanya nak melepaskan nafsu. Seperti mana yang berlaku pada setengah selebriti tempatan.
Yang penting, kita tunggulah nanti jawapan dari Winnie tentang gambarnya itu. Siapa tahu ada rahsia yang kita tak tahu selama ini.

LISA SURIHANI dan YUSRI KRU BERENGGANG





Demi mengikut adat tradisi Melayu, pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari ini, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU telah berpantang untuk tidak berjumpa sejak lebih kurang dua minggu yang lalu.
Meskipun terpaksa menanggung rindu, Lisa Surihani berkata dia kini semakin tenang dan dapat membiasakan diri sebelum menjelang hari bahagianya yang akan tiba tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi.
"Sebenarnya saya suka ikut adat tradisi seperti ini, asalkan ianya tidak melanggar suruhan agama. Ibu saya menggalakan agar saya dan Yusry untuk berpantang supaya tidak berjumpa jika tiada sebab penting.
"Jadi kami pun hanya mengikutnya saja. Memandangkan perkara itu baik untuk kami juga. Jadi sejak 10 Februari lalu kami sudah tidak lagi berjumpa atau keluar berdua.
"Cuma, Yusry agak kekok dan susah juga untuk menyesuaikan diri dengan adat ini.
"Namun lama kelamaman, dia kini semakin faham dan sudah boleh menyesuaikan diri," katanya ketika dihubungi oleh portal murai.com.my.
Dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari ini, Yusry dan Lisa Surihani bagaimanapun memilih untuk disatukan selepas Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya.
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya, Lisa Surihani berkata tiada apa yang boleh diungkapkan dengan perasaannya kini selain bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Yusry.
"Biasanya orang akan cakap pasal debaran saya menjelang hari menjadi seorang isteri, namun terus-terang perasaan berdebar itu belum dapat saya rasakan lagi.
"Sebaliknya, saya rasa berysukur kerana tidak lama lagi Tuhan akan satukan saya dengan lelaki yang saya sayangi iaitu Yusry.
"Malah bagai dirancang, perkenalan kami telah bawa kami ke gerbang perkahwinan," luahnya lagi.
Bertemakan majlis serba putih dan ringkas, bakal mempelai bakal mengenakan busana dari rekaan butik Cosry.
Selepas diijabkabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.