Winnie Kok Jadi Model Baju Dalam






Mendapat jolokan Siti Nurhaliza nombor dua di Indonesia merupakan satu pencapaian terbaik bagi penyanyi berbangsa Cina iaitu Winnie Kok.

Lagipun, bukan mudah hendak mendapat gelaran sebegitu.
Paling tidakpun, ramai juga penyanyi tempatan dicop sebagai klon Datuk Siti Nurhaliza Taruddin seperti Elly Mazlein, Intan Sarafina, Syura dan Liza Hanim.
Itupun pada awal kemunculan penyanyi yang Murai Batu sebutkan tadi. Tapi sekarang tidak ada lagi.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu ada segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.
Murai Batu sendiri agak terbeliak biji mata, selepas menyaksikan sendiri foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja. Benarkah ini Winnie Kok?
Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.
Ia sedikit sebanyak telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.
Apa sekalipun, Murai Batu merasakan mungkin ada sebab Winnie mengambil peluang menjadi duta produk berkenaan.
Kerana apa yang penting, Winnie tidak sewenang -wenangnya mengambil gambar bogel hanya nak melepaskan nafsu. Seperti mana yang berlaku pada setengah selebriti tempatan.
Yang penting, kita tunggulah nanti jawapan dari Winnie tentang gambarnya itu. Siapa tahu ada rahsia yang kita tak tahu selama ini.

No comments:

Post a Comment