Pelaburan AHB



Rebut peluang pelaburan AHB



MELALUI pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera pelabur berpeluang dapat menikmati keuntungan melalui lonjakan pasaran hartanah setiap tahun.


HANYA bermodalkan RM500 pelabur muda kini layak menjadi pelabur hartanah menerusi skim Pelaburan Amanah Hartanah bumiputera (AHB).
Skim pelaburan yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal Januari lalu itu terbuka kepada pelabur bumiputera yang berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500 sahaja.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Kamalul Arifin Othman berkata, melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah itu, golongan bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama di mana unit-unit amanah itu akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit.
Beliau menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan segi tiga emas Lembah Klang.
Menurutnya, AHB yang ditetapkan pada kadar RM1 seunit itu adalah sebagai bukti kawalan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan terhadap mengukuhkan AHB.
Sementara itu, dari segi pulangan pula, AHB ketika ini diunjurkan pada kadar enam peratus dan dibayar dua kali setahun. Ia sangat sesuai bagi pelabur muda yang belum mampu untuk membeli hartanah bernilai ratusan ribu ringgit. PHB merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah ini. 
Sebagai pelabur hartanah, maklumat adalah sangat penting. Katanya pelabur perlu memeriksa kadar faedah yang dikemaskinikan, faktor dan kesan yang mempengaruhi nilai faedah itu. Paling penting skim tersebut adalah khusus untuk bumiputera dan harganya juga dikawal. Kelebihan utama AHB adalah pelaburan yang lebih stabil dan kukuh serta tidak terpengaruh dengan sentimen pasaran. Nasihatkan kepada pelabur supaya berkongsi maklumat dengan orang lain terutama berkaitan dengan nilai hartanah. Masalah apabila membeli sesebuah hartanah tetapi seseorang individu akan dapat mengetahui tentang fakta undang-undang, prosedur dan pihak yang terlibat dengan sentiasa berkongsi masalah.

No comments:

Post a Comment