Teknik Pelaburan ASB Dengan ASB Loan Maybank



Meminjam wang dari bank dapat memaksimakan pulangan dividen dengan bayaran ansuran yang rendah.Teknik ini sesuai untuk tempuh pinjaman yang panjang kerana dengan tempuh pinjaman yang panjang, bayaran ansuran bulan menjadi rendah.Pelabur dinasihatkan untuk memilih pinjaman dari bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan tempuh bayaran yang panjang. Pilih jumlah pinjaman yang bersesuaian dengan kemampuan anda, ingat…. Anda terpaksa membuat bayaran ansuran setiap bulan sepanjang tempuh tanpa gagal.

Sejauh ini Maybank menawarkan pinjaman sehingga RM200K, tempuh pinjaman sehingga 25 tahun dengan kadar faedah BLR – 1.65% (5.55% - 1.65% = 3.9%), untuk pinjaman RM30K keatas.

A(1) – Bayaran ansuran pinjaman sehingga selesai
Pinjaman ASB RM200K, tempuh 25 tahun, bayaran bulan RM1070.
Jumlah bayaran RM1070 x 12 = RM12,840 x 25 = RM321,000
Jumlah dividen RM200K x 7% = RM14,000 x 25 = RM350,000
Jumlah ASB RM200K + RM350K = RM550K
Keuntungan RM550K – RM321K = RM229K
Peratus keuntungan: RM229K x 100 / 321K = 71.34% (25 tahun)

A(2) – Bayaran ansuran tahun pertama, tahun berikutnya dibayar dengan dividen
Pinjaman ASB RM200K, tempuh 25 tahun, bayaran bulan RM1070
Bayaran ansuran RM1070 x 12 = RM12,840
Dividen 7% x RM200K = RM14,000 <<>
Baki dividen RM14,000 – RM12,840 = RM1160
Baki dividen (kasar) RM1160 x 25 = RM29K
Jumlah ASB RM200K + RM29K = RM229K
Keuntungan (kasar) RM229K – RM12,840 = RM216,160
Peratus keuntungan: RM216,160 x 100 / 12,840 = 1683.49% (25 tahun)

Bagi mereka yang mampu membayar ansuran bulanan berterusan selama 25 tahun, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM550K. Bagi mereka A(2) pula ansuran bulan selama setahun (tahun pertama) sebanyak RM12,840, tahun-tahun berikutnya dibayar dengan dividen, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM229K, tetapi peratus keuntungan lebih tinggi.

Beruntunglah bagi mereka yang berkemampuan untuk mendapatkan loan ASB maksima RM200K. Jangan bimbang, Maybank menawarkan pinjaman dari RM10K sehingga maksima RM200K, jadi pilihlah jumlah pinjaman yang anda mampu membayarnya. Sebagai contoh pinjaman RM50K, tempuh 25 tahun, ansuran bulanan RM261. Pilih teknik A(2)

A(3) – Bayaran ansuran tahun pertama RM50K setiap tahun
Pinjaman RM50K, tempuh 25 tahun, ansuran bulanan RM261
Bayaran ansuran RM261 x 12 = RM3132
Dividen 7% x RM50K = RM3500
Baki dividen RM3500 – RM3132 = RM368
Baki dividen (kasar) RM368 x 25 = RM9200
Jumlah ASB RM50K + RM9200 = RM59,200
Kauntungan (kasar) RM59,200 – RM3132 = RM56,068
Peratus keuntungan RM59,068 x 100 / 3132 = 1790.16% (25 tahun)

Ulangi A(3) setiap tahun. Dengan ansuran bulanan yang rendah mengikut kemampuan anda, tetapi masih mampu untuk memaksiman ASB anda.

Pelabur juga dinasihatkan supaya mengambil insuran kerana jika perkara yang tidak diingini berlaku, baki pinjaman dapat dijelaskan oleh pihak insuran.

Rancang persaraan anda. Selamat melabur.

No comments:

Post a Comment